Friday, June 13, 2008

Bercuti Di Kampung

1 Jun 2008, aku & anakku balik kampung sempena cuti sekolah. Lagipun aku kena exam PTK kat Kuching pada 4 & 5 Jun. Pasal aku nak exam PTK memang x dapat ku lupakan. Hari pertama ku pergi exam PTK bhg Umum di Dewan tingkat 17 bangunan Sultan Iskandar di Simpang Tiga.... aku ditemani adeq ku rozi... semuanya berjalan lancar (x sampai 1/2 jam aku dah kuar dr dewan) x taula betul ke x aku jawab.... Hari kedua aku exam PTK bhg Khusus, haa... kali banyak punya cita. Hari tu aku pegi kat SPA tingkat 13 di bangunan yg sama. Sesudah sampai kat tempat tu aku pun tanya staff kat situ mn tmpt exam menaip, dia pun tunjuk kat aku di bilik mesyuarat diaorg, bila aku masuk je... ehhh.... diaorg ni x ramai ke yg ambik exam menaip sbb aku nampak komputer tiga @ empat buah je, aku pun buat muka blurrrr & nak duduk kat tempat salah satu komputer.... tp aku tanya dulu kat pengawas exam ... xde org ke yg duduk kat sini? pastu dia pun jawab... eh kat sini ada org punya... boleh duduk kat tmpt lain, mana komputer cik (dia plal tanya aku), aku semakin blur & pelik... bila aku tanya lagi... rupa2nye kena bawa komputer sendiri x kira jenis apa... komp desktop ke, komp riba ke, typewriter elektrik ke... Lepas tu diaorg suruh aku cari sendiri... Nasib baik ada isteri En Mail yg boleh tolong aku, dia keja kat JTK Sarawak, dia pinjamkan aku laptop. (laptop pun laptop laaa... janji aku exam) lulus x lulus kira belakang. Pastu semuanye berjalan dgn lancar. Lepas exam tamat, aku pun senang hati & tunggu apa lagi.... kita enjoyyyyyyyyyyyyy..........
Banyak juga aktiviti dibuat semasa kat kampung.... aktiviti bersama keluarga memang menyeronokkan (maklumla setahun @ dua tahun sekali baru balik). Waktu petang aku luangkan masa aku bermain sama2 dgn adek beradek aku spt main badminton, basikal, congkak & lain2 lagi termasuk sembang kosong... hahaha....



Tidak kulupa jugak aku ajak keluarga ku pergi ke pantai Santubong yg ada lagendanye (nak bawak budak2 bermain pantai) tp sekejap je.... sbb bukan nak bermandi manda kat situ... saja nak bergambar buat kenangan.





















Pada 7 Jun 2008 aku & family ku pegi ke Sarikin (sempadan Sarawak & Indonesia) untuk membeli belah. Lepas Solat Subuh kami bertolak, kalau lewat takut org ramai & cuaca pun panas bangat. Bermacam2 barang yg dijual kat situ mcm pegi pasar Tani kat Shah Alam cuma barang2, org & tempatnye je yg buat berbeza. Pada mulanya aku nak beli kain batik indonesia tp sampai kat situ aku ubah fikiran.... apa lagi aku beli handbag utk aku & anak aku..... aku pun beli tikar sarawak tp kecik je senang ku bawa balik ke KL. Mak Bapak & adek ku pun tidak lepaskan peluang utk membeli belah. Pada pkl 10 pagi kami pun bertolak dari Sarikin. Sampai rumah je... kami pun mula masak utk mkn tengahari (mak buat lauk ketam msk telur) sedapppp.... nyam2..... Pastu kami bersiap-siap utk pegi bermalam di Hotel Merdeka Palace (tajaan kakak iparku). Bermacam2 makanan & minuman kami bawa untuk bekalan siang & malam kat hotel tu. Tujuan sebenornya.... nak rapatkan silaturahim antara kami sekeluarga & juga nak bawa anak2 kami bermandi manda di kolam renang hotel tu... hari pertama cuaca x mengizinkan kami bermandi manda tp hari keduanya okey saja... mandi sampai jemu sampai anakku hampir lemas... sian dia... kami ingatkan sepupu dia, kami pun x kisah sbb tau sepupu dia pandai berenang, bila ditengok betul2... eh anak aku, aku pun cpt2 tarik tangan dia... pucat muka dia termasuk aku.. pastu.. sambung mandi, x serik2 dia... itula anak aku (sbb x nak pakai pelampung sendiri nak hampir lemas). Lepas mandi kami bergambar tp xleh nak bg org tengok... bahaya.... Lepas mandi mcm biasala... lapar & makan... lepas makan kami bersiap sedia utk balik ke rumah.

Pada keesokkan harinya 9 Jun 2008.... aku, anak, anak saudara & adeq2 ku pergi ke Kampung Budaya Sarawak. Kali ini aku berjaya jugak jejakkan kakiku di situ dengan bantuan kakak iparku. Kami dpt tiket free utk 4 org je & 2 org lagi kena bayar RM25 sorg.


Permulaan utk kami adalah menonton persembahan dari penari2 kpg Budaya. Kami semua asyik & seronok sbb baru pertama kali aku tengok secara life bermacam2 jenis tarian mengikut kaum kat kpg Budaya.... hehehe.... Lepas tu kami jalan dari rumah ke rumah berbilang kaum kat situ sambil.... apalagi... tangkap gambarlaaaa.... Sempat jugak aku memberli kuih tradisional yg dijual kat situ. Apapun aku x menyesal dtg ke situ. Bagi yg x penah datang..... JOM!!!!!!!!!



Balik dari kpg Budaya, kami singgah sebentar di Kpg Buntal utk membeli ikan, udang & ketam (tidak ku lupa sayur midin).


Pada 10 & 11 Jun 2008 macam2 aktiviti aku buat... Kami balik ke KL pada 12 Jun 2008 kerana aku terpaksa mengikuti Kursus Fail Meja anjuran JTKSelangor kalau xde kursus aku mungkin balik 15hb. Apapun kenangan aku bersama keluarga ku selama 12 hari tetap ku ingati. THANKS MY FAMILY!!!