Tuesday, March 31, 2009

Suka & Duka

Biarku cita psl kisah duka...


(sorry, picture ni gelap sedikit.....)

Dalam perjalanan nak pegi lapor diri satu kejadian telah berlaku tanpa kami sedari... bak kata org "malang tidak berbau" ceh wahhhh.... tanpa kami duga - aku & hubby ku laaa.... setibanya kita org kat tol terakhir kat kajang, my hubby tgh nak hulurkan duit kat cashier tol tu... tiba2 satu bunyi yg kuat & gerakan sedikit telah berlaku... aku kagetttt... rupa2nye keta kami kena langgar oleh seorg lelaki yg smart & ermm gitu... huhuhu... sempat lagi aku... apa lagi my hubby tunggu kat dpn.... aku x dgr perbualan diaorg... lgpun aku tgh pikir bila nak sampai ke LLM tu.. (x sabar sungguh aku ni!!!)... apapun diaorg settle kan dgn baik... (ye ke ni...hehehe) pastu perjalanan kita org diteruskan....


Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
Akhirnya destinasi yg nak kutujui telah kujejaki - Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) atas panggilan JPA untuk lapor diri sebagai PT (P/O). Lebih kurang 1,400 peserta telah melapor diri kat situ termasuk aku. Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi hingga 10.00 pagi. Pastu dgr dulu taklimat dr org yg sign surat panggilan (JPA)... Dalam jam 10.45 pg kita org dijamu selera (sarapan pagi)... tu pun mkn masa jugak... pegi ambik makanan ikut barisan tempat duduk... hampir jam 12... acara bermula dengan lagu negaraku, bacaan doa, ucapan dr org kuat JPA, pastu Ikrar... last sekali diaorg bagi surat penempatan ke mana2 kementerian.... masa tu dah lebih 1.30 ptg... pengambilan surat pun ikut barisan jugak... lepas ambik surat... sape2 nak mkn tengahari... makanan disediakan tp sape x nak boleh pergi terus ke penempatan seperti kat surat. Aku pulak dapat surat hampir jam 2.00 ptg.... sebelum nak buka surat... hati berdebar2 rasanya.... akhirnya aku dapati aku kena lapor diri kat Kementerian Kerja Raya Kuala Lumpur. Aku terus call my hubby untuk ambik aku & pergi terus... (apapun tunggu juga kat tepi jalan tu hampir 20 minit... nasib baik x jadi ikan masin... hehehe.. sabar2) nasib baik ada org nak hantarkan... Bila dah sampai kat sana, kitaorg kena tunggu lagi satu penempatan oleh KKR.... haiiii penat mcm tu jeeeee... Dalam hati sedih jugak, x dpt bersama kawan2 ku... aku dah janji kat diaorg nak dtg sebelah ptg tu tp nak buat mcm mn kita x tau apa yang jadi (kita cuma merancang Tuhan menentukannya...) apapun terima kasih semua kwn2 ku. A'aaa... lupa pulak aku... kat sebelah tu gambar aku & haslina... org kpg aku sama melapor diri kat situ.. kebetulan duduk sebelahan. Dia dpt kat kem. sumber asli.. x sama kitaorg... dia dtg ngan makbapak dia, maklumla anak bongsu... apapun kitaorg saling berhubung...

Monday, March 30, 2009

Kisah Dongeng

Pertelingkahan telah berlaku antara aku & jha untuk berebut memiliki "crown" kat atas kepala katak tu... (bkn nak katak yaaa) masing2 kata dia yg punyaa... mcm mn nak cari penyelesaiannya????

"Sesi Temuramah Antara Aku & Wartawan Sejukkk"

(Dengan penuh perasaan aku menjawab soalan2 yg telah diajukan oleh wartawan padaku dan telah diintai oleh mamat yg nak tumpang glamour)
Bermacam2 soalan yang amat menyentuh perasaan aku...huhuhu...
apapun aku menjawab dengan jujurr.. ermmm...
(mana peginya jhaaaa yaaa????)

makan???

Giliran sape kena temuramah??? Nilaaa penyelamat keadaan.....
Puan Shikin

Perbincangan telah berlaku antara kami..... pn shikin bg nasihat kat aku, buat apa pjgkan cerita yg pendek....

(aku terima dgn hati yg terbuka walaupun x rela... huhuhu)

Semuanya dah selesai.... Alhamdulillah!!!!


(xde sape yg boleh memiliki crown itu kecuali katak yg x bernyawa tu... sebab mmg x wujud pun... warghhh kahkahkahhhhhh)



Artis jemputan!!! Comelkannnnn

- T A M A T -

Hari Terakhir Aku Bergelar PTR

Hari ini hari terakhir aku memegang jawatan sebagai PTR.... hari terakhir aku di JTK Negeri Selangor... Insya Allah....


Esok aku akan melapor diri kat JPA di Dewan Serbaguna Lembaga Lebuhraya Malaysia utk penempatan (harap2 dpt dekat dgn rmh aku.... hehehe....)

Pagi2 aku dah mula mengemas brg2 aku dari tahun 2001 hingga sekarang ke dlm beberapa kotak kecik... xlah banyak sgt tp bolehlaaaa... maklumla aku ni suka menyimpan brg... syg kononnnnn.... hahaha... tengah2 mengemas sebenarnya aku sedih jugak nak tinggalkan tmpt aku yg besar tu (????), komp & printer yg banyak berjasa kat aku..... kwn2 (adeq2) aku, bos2 besar kecik kat JTK...huhuhu.... tp apakan daya semua org teringin nak cari pengalaman baru... terpaksala terima hakikat. Walaupun banyak cerita suka dan duka tp aku tetap mengingati mereka hingga akhir hayat. Bak kata org setiap tmpt ada dugaannya... mustahil xde kannnn.... harap aku akan tabahkan diri di tmpt baru...

Makan tengahari tadi telah ditaja oleh En. Nasher (sendiri spons...& kwn2 lain) sempena dia & aku nak pindah.... thanks en nasher.... budi baikmu tetap ku kenang. Kita org mkn kat Chicken Rice Shop (gara2 cita spa Q) alasan konon... sendiri terliur... ingatkan sorang... rupa2nya naim & jha pun sama... ha3x... Apapun kita org bertiga termasuk en. nasher peminat setia CRS bersama pn. shikin, nizam, en. shah, en. yunus, aminur & kak ning dapat menikmati hidangan yang ermmmmm yummiiiiii... sedappp kenyang....

Lepas makan... sesi bagi hadiah pulak, aku & en. nasher msg2 kita org dapat drpd kwn2 jtks... thanksss... klau ada lagi bagilaaa... hehehe... aku dpt T-Shirt tgn pjg... bagus jugak aku dpt... dah lama x membeli belah bj T sendiri... yelaa kita ni kan ingat kat anak jeee... klau x betul2 nak pakai x belilaaa, kebiasaan masa kursus je aku belikan sbb nak seragam ngan kwn2 (seronok bila sama) bila lagi kannnn.


Dah selesai kita org balik ke pejabat... tunggu apa lagi... nak shopping masa dah time, lagipun duit terhad (naim je tau)...

Bila sampai opis... blm duduk lagi naim bgtau aku bos (pengarah) nak jumpa aku... haaaa terkejut aku... x penah dia panggil aku kecuali naim cuti (itupun agihkan surat yg dia minitkan). Naim bergegas suruh aku masuk, dia kata "pegilaaa manala tau bos nak bg RM300" (fuyooo untung gitu...) aku mampu tersenyum dgn gurauan naim dgn muka ala2 serius konon... dlm hati aku cuma berkata "bos cuma nak jumpa, nak bagi pesanan penaja utk bekalan kat tmpt baru". Sebelum pegi tu aku betul2 kan tudong... jha yg tolong (cewahhh mcm nak jumpa org besarrr) spontan je. Dgn hati yg tenang aku pun pegi - masuk & duduk walaupun bos x bg aku duduk... hahaha... bila aku duduk aku terasa malu sgt (entah mengapa) mgkin bos perhati aku kottt "perasan"... hakikatnya aku x reti nak mulakan... rupa2nye bos bagi aku hadiah penghargaan kott "kenalan 2 bulan" wargghhh kakakahhhhh... aku pun ambik - malu2 kucing. Thanks boss.. Lepas dgr dia ucapkan good luck kat aku... aku pun kuar tersengih2 ngan jiran bos.
Tepat pkl 3 aku minta tlg nizam htr brg2 aku kat kereta... senang aku nak balik nanti...

Thursday, March 26, 2009

Kenapa Kita Diuji

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." - Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." - Surah Al-Imran ayat 200 "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... - Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

Tuesday, March 24, 2009

Catatan Terkini - Bowling Kat MidValley

Sekian lama aku x main boling... ni result yg terkini.. 4 game

Friday, March 20, 2009

Khas buat PTK Bangi


Thursday, March 19, 2009

Aku Happy!!!



Sungguh ku x sangka hari ini ada kejutan -
dapat hadiah... daripada my hubby.... thanks my love

Wednesday, March 18, 2009

"Banner"


Tuesday, March 17, 2009

Kantoila Pulakkkk


Hari ni aku x bernasib baik.....

Sebelah petang aku tengah 'search' nak cr imej background yg cantik untuk buat banner... masa yg sama aku buka adobe illust & photoshop... kejap buka tu kejap buka ni... lama2 komputer aku pun pening...
Masa aku focus kat keja aku... rupa2nya ada bos kat belakang tengah perhatikan... nak tau x ape yang ada kat screen komp aku... huhuhu... memalukannnn... aku nak tutup pun x boleh... masa tu jugak komputer aku "hang"... (photo girl seksi tp ada baju laaa... hahaha...)... apa tanggapan bos kat akuu... kantoiiii... aku buat tersengih.. senyum... buat mcm xde ape2 yg berlaku.... Biarlaaa... bukan aku buat ape2 pun kann... yang penting aku buat keja...
Tapikannn... bila dipikir2 lagi lawak pulakkkk...x penah terkantoi mcm ni.... hehehe....

Monday, March 16, 2009

Sambungan Berita...

myspace layouts Sambungan Cerita pada 14 Mac 2009 (Sabtu).....

Aku dpt surat dari pihak JPA... dengan x sabarnya cepat2 aku masuk kat dalam kereta & bukakan sampul surat tersebut...

Berita Gembira -
Alhamdulillah... aku ditawarkan ke jawatan yg lain & akan melaporkan diri pada 31 Mac 2009 (Selasa) kat Lembaga Lebuhraya Malaysia. Ini berkat doa seorang IbuBapa, suami dan kawan2.... Penempatan x ketahuan lagiii...

Berita Sedih -
Kalau dpt tempat lain.... aku terpaksa meninggalkan kawan2 /kawan baik/adik2 ku.... susahku nak cari kawan yg serasi dgnku & susah utk mengenali hati budi orang lain... apapun mereka yang terbaik (nanti aku ceritakan lagi).....

Sunday, March 15, 2009

Tugasan Rumah

Hari ni aku x pegi mana2 pun sbb my hubby kerja... Buat kerja harian seperti biasa tp ada tambahan daripada biasa... aku ubah kedudukan perabot kat rumah aku tanpa bantuan sape2 pun. Semangat nak buat... semua penat lelah hilang tp keesokkannya pasti terasa... xpe2 janji puashati. Hari ni aku x masak... my hubby belikan lauk yg dah siap masak (cheff 2 kot)... lega aku... ada juga org kesian kannnnn aku... hehehe...
dah okey semua bolehla aku rehat & update kan blog...

Saturday, March 14, 2009

Tertanya2 Semalaman

"Semalam aku dapat satu notis dari Pos Laju - perlu ambik barang kat pejabat Pos Laju kat petaling jaya. Pagi2 aku ajak hubby aku pegi situ utk selesaikan urusan yg aku x tau...apa ke itu.....??? dalam hati tertanya2... bermacam2 fikiran yg telah menyelubungi fikiran aku... samada surat dari bank ke (minta bayaran) kena cari duit pulak.... dari SPA ke (manala tau dpt tawaran lain).... dpt CEK ke (duit).... ada org bagi barang kat aku ke (hadiah menang contest)... mcm2 laaaa.... Dengan hati yg x sabar kami pegila sebelum Pos Laju tutup jam 1.00 petang... dalam perjalanan nak pegi (sesat pulak) silap jalan.... (cobaan) sabar je laaa... nak terkencing pun ada... hehehe.... Akhirnya kami sampai jugak (Alhamdulillah).... apapun apa yg ku tanya segala2nya terjawab... Pendek kata Isnin nanti aku bagitau sambungan cerita aku ni... see you.."

Monday, March 9, 2009

Selamat Menyambut Maulidul Rasul!!!




Sunday, March 8, 2009

Happy Besday - Naiem

Selamat Hari Lahir buat sahabat/adinda Naimah yg ke 30.... semoga murah rezeki & bertambahlah rakyat... cayo2
Semoga impian menjadi kenyataan.... Aminnn....
(Welcome 2 my group!!!)

Rumah Baru Kat Kampung

Fokus dari Depan Rumah
(Ni my parent's)

Fokus dari Tepi


Fokus dari Belakang
X SABAR NAK BALIK KAMPUNG!!!!


Kawan Karib Masa Sek. Rendah

Ni kawan karib aku masa sekolah rendah dulu. Kita org mula renggang sejak masuk sek. men.... yela.. dia the best student kat sek kami dulu... mestila masuk kolej yang terpilih...
aku pulak sek. men. biasa je...
Aku jumpa dia kembali semasa aku balik kpg last dia... tu pun dah banyak tahun... dia pun sama mcm aku... dah kawin, anak sorg (comelkan)... skrg ni kita org dah mula berhubung balik tp susah nak jumpa.... maklumla aku kerja jauh dr kpg aku...
Kami harap hubungan kami berkekalan hingga akhir hayat...