Thursday, June 4, 2009

Petua : Awet Muda

Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. InsyaAllah..

Petua : Masalah Jerawat

Seringkali jerawat halus ini menganggu fikiran kita. Walaupun tidak kelihatan jelas namun kulit muka masih menggerutu. Untuk mangatasi masalah ini ambil dua sudu tepung ubi. Kemudian dicampurkan dengan air asam jawa. Biar kelihatan pekat. Simpan dalam pei sejuk selama 1/2 jam. Sebelum tidur pakai sebagai mask/topeng.

Petua : Muka

Menaikkan Seri Muka
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. amalkan selalu.

Hilangkan Bintik Hitam Pada Muka
Dapatkan 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garamkemudian ditumbuk halus. Campurkan dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan air suam. Amalkan memakainya pada muka.

Petua : Limau Putihkan Kuku

Jika kuku terkena arang atau getah tentu sekali kuku akan kotor dan hitam. Lumurkan kuku dengan minyak kelapa kemudian cuci hingga bersih. Selepas itu lumurkan pula isi limau nipis pada kuku. Kuku akan kembali bersih dan berkilat. Selamat mencuba.

Petua : Bersihkan Cermin Mata

Bagi yang memakai cermin mata tidak perlu membazirkan wang membeli ’spectators washer’. Cuma ambil sebarang jenama shampoo rambut yang mengandungi bahan sodium laurenth sulphate dan rendamkan bingkai cermin mata di dalamnya bersama sedikit air. Dalam masa 15 minit sisa kotoran akan hilang seperti bingkai cermin mata baru.