Thursday, July 31, 2008

Tournament Boling Anjuran TUDM


Hari ni aku ambik cuti dsebabkan nak ikut my hubby tournament Boling anjuran TUDM kat Sunway Megalane.... bukannya selalu kann... hasil usahanya, dia dapat tempat ke-6 drpd 80 peserta.... Alhamdulillah!!!!

Hadiah tempat ke-6 "Oven Jenama PENSONIC"
Raya ni boleh buat kek & biskut sendiri.....
sape nak tempah bg nama cpt2!!!

Wednesday, July 30, 2008

Aku & Abe Polis

pagi2 dah bergambar.....

Sunday, July 27, 2008

Karnival Pekerjaan "2nd Day"

Aku & Eita

Org lain tgh sibuk layan pencari kerja.... aku plak sibuk bergambar.....

apa ni.... xde keja lain ke ambik gambar aku???

Pengarah JTKS (Mr. Hoe) bersama Majikan

PPTKK Subang Jaya (Pn. Nurashikin) Bekas PPTKK Rawang &
PPTKK Bangi (En. Jai) bekas PPTKK Negeri


Sebahagian drpd Urus Setia Karnival Pekerjaan 2008 diketuai oleh En. Fauzi (yg berdiri belakang budak baju merah tu) & En. Roslee (yg berdiri paling belakang)
kedua2 nya Timbalan Pengarah JTKS

- JoM kita ZoOm Org Yg Paling BeLaKaNg 2 -


aWaSs!!!!!







Haa.... last step.... semua dah balik, tinggallah Urus Setia nak buat pengiraan.
Ceh Wah mcm nak kira undi!!!!

Sapa ambik gambar sapa niiii....



pasal pa jha??





Saturday, July 26, 2008

Baju Kurung "Batik"


Baju Kurung Batik aku & naim yang terkini

(sape berminat sila tempah kat aku hehehe....)

Karnival Pekerjaan "1st Day"

Hari Pertama Karnival Pekerjaan 2008...
semua urusetia digalakkan memakai pakaian batik @ sopan


Pasal apa ni... pagi2 dah tmenung, x cukup tido yaaaa....


Aku dah letak kat bawah tu, sapo ambik nihhhhh!!!!

(Janganla marah, cari dulu!!) senyummmm....


Haa... boleh pun senyum, sapa sebelah tu???


aku, naim, nurul & ustaz zi




En. Wan, aku, naim & nurul


Gambar ni diambik selepas Menteri Sumber Manusia melawat booth kami
"aku bersama adeq2ku.. jha, naim, eita & tina"

Sedapnyee.... nak lagi!!!!

Pihak Press dari JTKS



Pasal apa plak tu tina oiiii..... makan garpu, dah habis ke makanan atas meja tu!!!!

Friday, July 25, 2008

Pasal Kereta!!!



Adoiiii......... pening aku..... hari ni aku balik lewat dlm pkl 9.30 mlm, banyak keja utk Karnival Pekerjaan esok terpaksa kami buat sama2. Lepas selesai semuanya kami balik menuju ke destinasi masing2.
Haaa... ni nak cita satu hal yg mgkin aku xkan lupakan. Kuar dari parking Consplant aku pun pegi singgahsana "Shell" sbb minyak keta aku kering kontang, walaupun lewat tpaksa kupegi jua. Sampai kat shell seperti biasa aku bayar kat kaunter, sblm tu aku lock keta aku sbb ada mcm2 barang kat dlm tu tp aku bukak kan penutup tangki minyak keta aku. Lepas aku bayar, aku pun masuk kan minyak, pastu aku pun letak beg duit & hp digi aku kat dlm keta.... kunci pun aku letak kat tmpt sepatutnya. Pastu aku tutup pintu keta takut bau minyak masuk. Lepas minyak penuh diisi.... Alahaiiiii.... terkejut aku bila keta aku tu autolock. Habisla aku, dahlah beg duit & hp digi ku dlm keta termasuk kunci... mcm mn ni??? aku jadi bingung seketika. Cepat2 aku minta bantuan kat pekerja Shell. Diaorg bagi bantuan juga tp xdpt nak settle kan.... mula2 aku nak tukar syilling nak pegi public phone kat situ tp akhirnya sorg pekerja kat situ bg aku pinjam hp dia, aku pun call my hero sbb dia ada kunci pendua. Terpaksa aku tunggu dia sampai sehingga jam 10.30 mlm, xpe janji aku boleh settle kan hal ni cpt2 & nak balik rumah sbb dah penat gilaaaa...... sementara aku tunggu, aku dok x jauh dr tmpt org pam tayar (angin), nak pegi mc donald xde duit... dudukla sambil dgr lagu dr hp celcom aku yang xde kredit (memalukan je)... syok2 dgr lagu... malangnya aku, hujan pun turun (renyai2 je) aku pun pegi ke tmpt keta, berdiri kat situ sampai my hero sampai.... nasib baik dia x marah tp ada pesanan penaja jugak (jangan sesekali tinggalkan kunci keta dlm keta semasa kita kuar).... jam 11 lebih baru aku sampai ke rumah ku. Apapun thanks my hubby!!!

Koleksi Beg

Beg ni aku beli kat Ole2 Shah Alam sama seperti naim...

Ni pulak sama dengan akmarrrr (nurul)

Thursday, July 24, 2008

Tengah Buzy!!!

Tengokla tempat aku dah berselerak lagi.... tp tetap cantik.... (xde org puji, aku puji sendiri) buatla yg terbaik...

yela tgh buat tag utk urusetia karnival pekerjaan peringkat negeri selangor 2008 termasuk aku.... so kenala kemas sendiri.... hehehe.... xpe2 tambah pahala.... Amin.....



Memandu

Pemandu Berhemah.... Contohila dia wahai rakyat Malaysia.....

Wednesday, July 23, 2008

Beli lagi!!!


Haaaa...... aku beli lagi..... kat pasar malam je....

untuk anak aku......... saiz 31

Tuesday, July 22, 2008

Koleksi 2008

Ni koleksi selipar aku yg terbaru.... hitam itu menawan.... ada design daun plak tu...
Ni plak, kasut terkini naim.... entah kasut keberapa laaaaa.... tapi cantik jugak....

Monday, July 21, 2008

Buah Tangan

Hari ini Kak Nor telah memberikan "buah tangan dari Russia" kepada aku & rakan2 sepejabat. Tq!

Sunday, July 20, 2008

Tasik Titiwangsa


Pada sebelah petang selepas suamiku balik dari pejabat, kami pergi ke Tasik Titiwangsa untuk beriadah bersama adek beradek suamiku. Tmpt letak kereta jauh dari tempat kami berkumpul, tp xpe boleh jogging keluarkan peluh & kurangkan lemak.... hehehe... Sampai ke destinasi perjumpaan, suamiku pun terus bermain badminton dgn adeknya. Hampir 20 minit diaorg bermain, tiba2 seliparnya ternganga mcm mulut buaya... terpaksa bhenti main seketika.
Lepas tu, aku yg sambungkan permainan bersama adek iparku sehingga aku berpeluh dan masing2 keletihan. Anakku pulak bermain bersama sepupu dia kat taman berhampiran. Masing2 kami bermandikan air peluh yang sihat. Kami balik dalam pukul 7 petang sbb suamiku ada tournament boling kat Mid Valley malam ini tp aku tak ikut sbb anakku nak sekolah esok takut x cukup tido.... pagi2 meragam aku jugak yg susah.


Kesian suamiku kannnn.... terpaksa berkaki ayam berjalan menuju ke tempat letak kereta. Xpe2 nanti kita beli selipar baru ya bangggg...... sayang beli abang bayarrrrr.......

Menu "Mee Goreng"


Menu sarapan aku pagi ni adalah... mee goreng & tempe..... aku goreng sendiri tau sbb pagi ni aku rajin sangat!!! Sedap @ x sedap..... org yg mkn je tau...

Saturday, July 19, 2008

Masak!!!!!!


Hari ini aku x pegi mana2 pun, dok rumah je sbb abg ipar & family nya dtg ke rumah. Aku ajak diaorg mkn tengahari kat rumah aku je sbb aku yg masak tp aku lupala nak ambik gambar makanan yg aku masak, maklumla mcm2 nak diingat.

Friday, July 18, 2008

Kek Hari Lahir Ku!!!


Hari ini aku dikejutkan oleh kwn sekerja ku @ adeq2 ku yg nakal... pada mulanya kami pegi kedai J.Co di Sunway Pyramid utk beli donut nya yg gebu & sedap.... perisanye mcm2 ada (sekali makan nak lagi...) tp kami beli bkn utk mkn masa tu... bawa balik laaa... pastu kami pegi jln2 cari makan kat food court Jaya Jusco... masing2 order makanan & makanlaaaaa....


Selepas makan ingatkan nak balik tp satu kejutan utk aku, rupa2 nye diaorg berpakat beli kek birthday utk aku... walaupun kecik tp penuh makna bagiku. Sudah lama aku x rasa sambutan birthday dgn kek khas buat utk aku sorg... selalu syer je, eh nak menangis pulak aku... bukan menangis sakit hati tp menangis aku terharu sgt & bangat.... terima kasih adeq2 ku buat kakakmu gembira.


Semalam aku x happy tp hari ini aku happy sangat..... tiada
perkara yg menyakitkan hatiku seperti semalam. Semua keja2 aku berjalan dgn baik & teratur sehinggakan aku leka utk balik ke rumah.

Wednesday, July 16, 2008

Tournament Boling Anjuran JTKSM

Tournament Boling anjuran JTKSM telah diadakan pada 14hb Jun 2008 jam 3.00 petang. Aku, naim, amah, nizam & en fauzi telah mewakili JTKN Selangor. Kami ingat kami akan menjadi satu pasukan tapi rupa2nya kami telah dipecahkan (satu kumpulan dgn staff JTKSM). Satu kumpulan ada 3 orang peserta. Aku pulak satu kumpulan dengan en fauzi & staff JTKSM. Kumpulan kami telah tertewas oleh kumpulan lain. Kumpulan tempat pertama dimenangi kumpulan Naim & Dato' KP JTKSM.... TAHNIAH NAIM!!!! Perasaan aku berkata - aku pun turut tertewas dalam kategori individu perempuan, so aku buat x heranla... sbb masa tu aku nampak jumlah pin yg terakhir dimain oleh peserta wanita lain telah melepasi jauh dari jumlah yg aku main.... yelah nak buat mcm mn xde rezeki kann... aku pun tangkap gambar sesiapa pun yang mengambil hadiah. Semasa aku nak ambik gambar diaorang, tiba2 nama aku diumumkan bahawa akulah pemenang jatuhan pin tertinggi kategori individu wanita so terkejutlaaa aku & cepat2 bagi kamera kat nizam (mengelabah gila)... x sangka ya point kecik je.... dah rezeki... Alhamdulillah.... TAHNIAH LEHA!!!!