Friday, July 25, 2008

Pasal Kereta!!!



Adoiiii......... pening aku..... hari ni aku balik lewat dlm pkl 9.30 mlm, banyak keja utk Karnival Pekerjaan esok terpaksa kami buat sama2. Lepas selesai semuanya kami balik menuju ke destinasi masing2.
Haaa... ni nak cita satu hal yg mgkin aku xkan lupakan. Kuar dari parking Consplant aku pun pegi singgahsana "Shell" sbb minyak keta aku kering kontang, walaupun lewat tpaksa kupegi jua. Sampai kat shell seperti biasa aku bayar kat kaunter, sblm tu aku lock keta aku sbb ada mcm2 barang kat dlm tu tp aku bukak kan penutup tangki minyak keta aku. Lepas aku bayar, aku pun masuk kan minyak, pastu aku pun letak beg duit & hp digi aku kat dlm keta.... kunci pun aku letak kat tmpt sepatutnya. Pastu aku tutup pintu keta takut bau minyak masuk. Lepas minyak penuh diisi.... Alahaiiiii.... terkejut aku bila keta aku tu autolock. Habisla aku, dahlah beg duit & hp digi ku dlm keta termasuk kunci... mcm mn ni??? aku jadi bingung seketika. Cepat2 aku minta bantuan kat pekerja Shell. Diaorg bagi bantuan juga tp xdpt nak settle kan.... mula2 aku nak tukar syilling nak pegi public phone kat situ tp akhirnya sorg pekerja kat situ bg aku pinjam hp dia, aku pun call my hero sbb dia ada kunci pendua. Terpaksa aku tunggu dia sampai sehingga jam 10.30 mlm, xpe janji aku boleh settle kan hal ni cpt2 & nak balik rumah sbb dah penat gilaaaa...... sementara aku tunggu, aku dok x jauh dr tmpt org pam tayar (angin), nak pegi mc donald xde duit... dudukla sambil dgr lagu dr hp celcom aku yang xde kredit (memalukan je)... syok2 dgr lagu... malangnya aku, hujan pun turun (renyai2 je) aku pun pegi ke tmpt keta, berdiri kat situ sampai my hero sampai.... nasib baik dia x marah tp ada pesanan penaja jugak (jangan sesekali tinggalkan kunci keta dlm keta semasa kita kuar).... jam 11 lebih baru aku sampai ke rumah ku. Apapun thanks my hubby!!!

0 ulasan: