Saturday, December 15, 2007

Selamat Hari Lahir Ke-31




Selamat Hari Lahir Ke-31 buat suamiku yang tersayang. Walaupun kita tidak bersama pada hari lahirmu tetapi dirimu tetapku ingati.


Semasa birthday suamiku, dia berada di Pulau Sipadan, Sabah untuk menjalani latihan menyelam.

Suamiku Di Pulau Sipadan, Sabah


Bersama Keluarga Di Awana Genting Highland


Nadia bersama mak & nek ling serta usu.
Kami telah meluangkan masa bersama di Genting Highland selama 2 hari 1 malam. Suamiku tidak mengikuti kami kerana ada sesi latihan menyelam di Pulau Sipadan, Sabah selama 1 minggu. Cuaca di Genting Highland amat sejuk tapi seronok seperti kami berada di Luar Negeri. Aku memandu sendiri sehingga di Hotel Awana, Genting Highland. Pada sebelah petang ada aktiviti sukan dijalankan bersama rakan-rakan sepejabatku yg turut bersama keluarga mereka masing2. Pada waktu malam pula, kami ada dinner & cabutan bertuah. Aku telah dapat 1 set seterika dan 1 set kettle elektrik. Pada keesokkan harinya kami menaiki bas sehingga ke "Cable Car" untuk pergi ke Taman Tema Luar/Dalam. Semasa menaiki "cable car" mak aku amat takut kerana ketinggian tapi anakku seronok, hehehe.... apapun ketakutannya dapat diatasi. Sesudah sampai di taman tema luar/dalam kami melayan diri masing-masing dengan bermacam permainan. Selepas tu kami baliklaaaaaa.........
(kalau umur panjang & murah rezeki.... aku nak pergi lagi bersama suami & anakku)

Friday, December 7, 2007

Mutiara Hati

Anak kami Nadia Shahirah berusia 5 Tahun,
bersekolah di Tadika Comel Kreatif, Pantai Hillpark, Kuala Lumpur
Mutiara hati kebahagiaan keluarga...

Ulang Tahun Ke-8 di Pulau Langkawi



Sempena ulangtahun perkahwinan kami ke-8, kami telah pergi bercuti di Pulau Langkawi pada 03 Disember 2007 hingga 06 Disember 2007. Rakan sepejabatku turut serta bersama ahli keluarga masing2. Di antara tempat yang telah kami kunjungi iaitu di pejabat LADA, pejabat PTK Langkawi, kawasan mahsuri (makam, perigi, rumah & lain2) & gunung mat chincang (naik kereta kabel). Kami juga menaiki bot untuk pergi ke 3 pulau iaitu Pulau Beras Basah, Pulau Helang & Pulau Dayang Bunting. Kami amat bersyukur kerana cuaca amat baik sepanjang perjalanan kami. Aku dan kawan2 ku juga tidak melepaskan peluang untuk membeli belah di Pekan Kuah, Langkawi. Kenangan manis ini tidak akan ku lupa selama2nya.....

Sunday, December 2, 2007

Tugu Negara





Aku dan suamiku telah membawa orang tua ku pergi mengunjungi "Tugu Negara". Walaupun cuaca panas sangat pada masa tu... ramai jugak yang pergi... sebelum balik kami duduk di sekitar kawasan Tugu Negara sambil menikmati aiskrim... (perkara paling melucukan - mak aku telah mengutip buah pinang yang jatuh dan aku memetik bunga yg cantik ditepi pagar tanpa disedari oleh pengawal). Nasib baik tak kantoi kalau tak malunyeee..... Apapun kami gembira seadanya...