Saturday, December 15, 2007

Bersama Keluarga Di Awana Genting Highland


Nadia bersama mak & nek ling serta usu.
Kami telah meluangkan masa bersama di Genting Highland selama 2 hari 1 malam. Suamiku tidak mengikuti kami kerana ada sesi latihan menyelam di Pulau Sipadan, Sabah selama 1 minggu. Cuaca di Genting Highland amat sejuk tapi seronok seperti kami berada di Luar Negeri. Aku memandu sendiri sehingga di Hotel Awana, Genting Highland. Pada sebelah petang ada aktiviti sukan dijalankan bersama rakan-rakan sepejabatku yg turut bersama keluarga mereka masing2. Pada waktu malam pula, kami ada dinner & cabutan bertuah. Aku telah dapat 1 set seterika dan 1 set kettle elektrik. Pada keesokkan harinya kami menaiki bas sehingga ke "Cable Car" untuk pergi ke Taman Tema Luar/Dalam. Semasa menaiki "cable car" mak aku amat takut kerana ketinggian tapi anakku seronok, hehehe.... apapun ketakutannya dapat diatasi. Sesudah sampai di taman tema luar/dalam kami melayan diri masing-masing dengan bermacam permainan. Selepas tu kami baliklaaaaaa.........
(kalau umur panjang & murah rezeki.... aku nak pergi lagi bersama suami & anakku)

0 ulasan: