Wednesday, July 16, 2008

Tournament Boling Anjuran JTKSM

Tournament Boling anjuran JTKSM telah diadakan pada 14hb Jun 2008 jam 3.00 petang. Aku, naim, amah, nizam & en fauzi telah mewakili JTKN Selangor. Kami ingat kami akan menjadi satu pasukan tapi rupa2nya kami telah dipecahkan (satu kumpulan dgn staff JTKSM). Satu kumpulan ada 3 orang peserta. Aku pulak satu kumpulan dengan en fauzi & staff JTKSM. Kumpulan kami telah tertewas oleh kumpulan lain. Kumpulan tempat pertama dimenangi kumpulan Naim & Dato' KP JTKSM.... TAHNIAH NAIM!!!! Perasaan aku berkata - aku pun turut tertewas dalam kategori individu perempuan, so aku buat x heranla... sbb masa tu aku nampak jumlah pin yg terakhir dimain oleh peserta wanita lain telah melepasi jauh dari jumlah yg aku main.... yelah nak buat mcm mn xde rezeki kann... aku pun tangkap gambar sesiapa pun yang mengambil hadiah. Semasa aku nak ambik gambar diaorang, tiba2 nama aku diumumkan bahawa akulah pemenang jatuhan pin tertinggi kategori individu wanita so terkejutlaaa aku & cepat2 bagi kamera kat nizam (mengelabah gila)... x sangka ya point kecik je.... dah rezeki... Alhamdulillah.... TAHNIAH LEHA!!!!

0 ulasan: